Ambil Kesempatan Jual Minion Hingga RM600!

Antara tawaran dalam Mudah.
Antara tawaran dalam Mudah.

Kecoh semalam apabila restoran makanan segera, McDonalds menawarkan patung comel si minion dari animasi Despicable Me yang ditawarkan bersama set makanan Happy Meal.

Ada yang tidak sabar beratur sehingga keluar video manusia seakan tidak sedar diri hilang waras menyerbu restoran yang baru saja mahu dibuka.

Pada masa sama, ada yang mengambil kesempatan berniaga di internet dengan menjual semula set tersebut pada harga setinggi RM600 di mudah,my.

Meskipun harga set satu minion termasuk makanan kurang daripada RM12, nampaknya ramai yang menjadi ‘saudagar tengah’ menjual kembali pada harga mahal. Namun, ia mungkin lebih berbaloi daripada beratur depan restoran berjam-jam semata-mata mendapatkan ‘seketul patung plastik’.

Salah seorang penjual di mudah.my menjual 9 patung pada harga RM600 malah rata-rata peniaga menawarkan harga melebihi RM100 di mudah.my.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: