Video Pengenalan Huawei Ascend P6

DSC02321

Huawei baru saja memperkenalkan telefon pintar ternipis di dunia iaitu 6.18mm beroperasi pada pemproses Quad Core 1.5GHz selain kamera 8 megapiksel melalui Ascend P6 yang dijangka dibawa masuk ke Malaysia menjelang Hari Raya Puasa nanti.

TheSkop yang menghadiri pelancarannya di Singapuran ketika CommunicAsia 2013 yang sedang berlangsung merakam foto Huawei Ascend P6 serta dimaklumkan Huawei sedang menimbang untuk membawa masuk semua warna ditawarkan iaitu hitam, putih dan merah jambu bergantung kepada permintaan pembekal.

Syarikat yang berpengkalan di China membawa masuk P6 lengkap dengan pemproses K3V2 Quad Core 1.5GHz, RAM sebanyak 2GB selain storan dalaman 8GB. Namun Huawei berkata mereka hanya mengeluarkan telefon pada versi 3G manakala versi LTE masih dalam tempoh perbincangan dalaman syarikat.

Ia akan beroperasi pada OS Android Jelly Bean 4.2.2 dan Emotion UI sendiri yang seakan iOS manakala sistem rangkaian ditetapkan pada HSPA+ bagi kelajuan muat turun 21Mbps. Skrinnya pula 4.7 inci LCD (1280 x 720 piksel) yang menyaksikannya lebih cantik dan peka sentuh.

Setakat ini, Huawei berkata syarikat itu menumpukan pasaran Eropah dengan tempahan memberangsangkan dari United Kingdom, Portugal dan Perancis. Ia dijual pada harga Euro 449.

Huawei sebelum ini baru saja melancarkan phablet Ascend Mate bersaiz 6.1 inci yang mendapat sambutan menggalakkan.

%d bloggers like this: