Sony Datang Lagi Dengan Xperia ZR, Tewaskan Xperia Z

Sony Xperia ZR 3 Sony Xperia ZR Sony Xperia ZR 2

Satu lagi kejutan Sony tidak sampai beberapa bulan memperkenalkan Sony Xperia Z dan ZL apabila mereka sekali lagi pantas mengetengahkan ZR yang berukuran 4.6 inci malah gajet tersebut dikatakan bakal mencipta rekod baru apabila menjadi telefon Android dengan fungsi 720p pertama yang kalis air hingga 1.5 meter.

Sony Xperia Z dan ZL sebelum ini hanya mampu kalis air sebanyak 1 meter saja.

ZR akan membenarkan rakaman video pada kualiti HD dengan rakaman dalam air HDR bersama resolusi 13 megapiksel menggunakan sensor imeh Exmor RS.

Telefon ini akan menggunakan Snapdragon S4 Pro quad-core 1.5GHZ CPU, 2GB RAM, LTE dan NFC. Skrinnya akan lengkap menggunakan teknologi sendiri OptiContrast OLED yang wujud dalam Bravia.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: