Foto Samsung Galaxy S4 Mini Mula Kelihatan

Samsung Galaxy S4 Mini 3 Samsung Galaxy S4 Mini Samsung Galaxy S4 Mini 2

Sumber foto dari PunkPanda

Samsung Galaxy S4 baru saja mula dipasarkan secara rasmi dengan harga runcit yang ditawarkan ialah RM2,199.

S4 mempunyai bahan rekaan plastik dengan rangkaian yang ditetapkan termasuk lebar jalur LTE yang menepati penggunaan di Malaysia. Selain itu, ia bakal menggunakan rangkaian HSPA+21, EDGE / GPRS (850 / 900 / 1,800 / 1,900MHz), HSPA+21 mbps, WiFi a/b/g/n HT40 dan Bluetooth v 4.0. Pada masa sama, S4 bakal menggunakan set cip Quad Core bersama CPU 1.7GHz di samping kekuatan bateri 2,800mAh dan pastinya saiz skrin 5.0 inci. Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah jenis skrin ditawarkan? Ia bakal menggunakan SoLux berbanding HD Super AMOLED sebelum ini pada mana-mana telefon Samsung yang lain.

S4 mungkin akan ditawarkan pada tahap kenipisan 9.3mm dengan berat sekitar 175g dengan spesifikasi kamera pada 13 megapiksel dan kamera depan 2.1 megapiksel dengan sokongan USB v2.0, jek 3.5mm Stereo, MicroSD.

Namun, belum reda semangat membeli S4, foto mengaitkan versi Galaxy S4 mini yang berlegar di internet termasuk weibo.com melalui PunkPanda.

Kemungkinan besar, spesifikasinya akan dikurangkan separuh berbanding apa yang pengguna dapat jika membeli Samsung Galaxy S4

%d bloggers like this: