Fonepad Temui Pengguna Jumaat Ini

DSC_0115 DSC_0117 DSC_0118

ASUS mempunyai tablet tujuh incinya yang turut membenarkan fungsi panggilan telefon melalui model Fonepad terbaru dengan kekuatan sistem operasi Android 4.1 Jelly Bean.

Ia sekali gus menawarkan dimensi baru bagi komunikasi yang mana mempunyai pemprosesan 1GHz Dual Core, paparan WSVGA (1280 x 800p) untuk model 7.0 inci.

Pada masa sama, ia lengkap dengan kamera belakang tiga megapiksel serta kamera hadapan 1.3 megapiksel.

Di samping itu, versi OS terbaru Android membenarkan pelbagai tugas aplikasi sosial, perkhidmatan komunikasi mudah alih, kandungan tanpa wayar dan akses kepada lebih 400,000 aplikasi menerusi pasaran Google.

Versi 7.0 inci mempunyai tahap kenipisan 10.4mm dengan berat sebanyak 340g.

Info

Produk: ASUS Padfone

Harga: RM849

Saiz: 7 inci

Pemprosesan: Intel Atom 1GHz Dual Core

Paparan: WSVGA 1280 x 800p

OS: Android 4.1 Jelly Bean

Kamera: 3MP

RAM: 1GB

Setoran: 8/16GB

Dimensi: 196.4 x 120.1 x 10.4mm

Berat: 340g

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: