Apple Tawar Bayar Ansur Beli iPhone, Macbook di China Elak Saingan Gajet ‘Made in China’

Apple-Logo

Apple Inc memperkenalkan pelan bayaran ansuran kepada pembeli iPhone dan MacBook di China bagi menyaingi peranti mudah alih kos rendah dalam pasaran komputer dan telefon pintar di negara itu.

Pembelian dan pembayaran juga hanya serendah 300 yuan (RM150) hingga ke 30,000 yuan yang boleh dibuat melalui laman web syarikat China bagi ansuran sehingga tempoh dua tahun.

Pelan itu juga hanya memerlukan kad kredit dari Bank China Merchants Co yang mempunyai yuran daripada kosong hingga 8.5 peratus.

%d bloggers like this: