Pa’PSY’ Apa Pentax Q10 Baru Masuk?

Rakamkan kemeriahan dan kebahagiaan bersama keluarga atau rakan anda dengan kamera semi DSLR terbaru jenis Pentax Q10 yang pastinya memberikan peluang mengabadikan kenangan mengikut kreativiti anda yang tersendiri.

Q10 adalah kamera semi DSLR paling kecil di dunia yang memberikan kemampuan enam lensa dengan ciri teknologi tinggi serta gaya penampilan penuh bergaya.

Kamera ini dibekal dan mempunyai kemampuan merakam video full HD dan dikatakan memiliki kelebihan tahan debu. Ini menjadikan kamera semi DSLR ini sesuai untuk pengguna aktif.

Kamera Pentax Q10 memiliki sensor CMOS dengan resolusi 12.4 megapiksel. Kamera ini juga memiliki maksimum shutter speed hingga 1/20000 sesaat dan ISO 100 – 6400.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: