Lebih 5,500 Belia Dapat Rebet RM200 Sehingga Kini

Hampir 5,500 belia, berumur 21 hingga 30 tahun, telah mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) bagi pembelian telefon pintar selepas pendaftarannya dibuka semalam.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata pada masa ini, penyedia perkhidmatan masih mengemaskini model telefon pintar dan senarai ejen mereka di laman sesawang masing-masing.

Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications.

Berikut adalah senarai telefon pintar yang ditawarkan di bawah PKB sehingga 1 Jan: Alcatel 993D, Alcatel OneTouch Glory 2, Alcatel OneTouch Inspire 2, Blackberry Torch 9800, The Buzz Phone, HTC Wildfire, HTC Wildfire S, Huawei Ideos X3, LG Optimus L3, LG L3 E400, LG L3 E405.

Motorola XT311, Ninetology Black Pearl II, Ninetology Palette, Nokia Asha 311, Nokia Lumia 610, Samsung Galaxy Chat, Samsung Galaxy Mini, Samsung Galaxy Pocket, Samsung Galaxy Y, Samsung Galaxy Y Duos, Sony Xperia Tipo Dual, Sony Xperia Tipo Single, ZTE Acqua dan ZTE V790. Sumber: Bernama

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: