Siapa Popular 2012? Carian Paling Meletup Google

Rakyat Malaysia sememangnya cukup pelbagai, dan senarai Zeitgeist tahunan Google menunjukkan betapa pelbagainya minat kita dengan carian 2012 carian yang terdiri dari laman web membeli-belah kepada siri-siri TV, dan permainan dalam talian hinggalah ke lagu-lagu pop Korea.

CARIAN TERHANGAT

Semakan terhadap prestasi pelajar-pelajar kita semasa musim peperiksaan mereka adalah carian paling hangat* untuk tahun 2012, dengan ibu bapa melog masuk ke Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) untuk melihat keputusan peperiksaan. Lagu hit global nyanyian Psy Gangnam Style, jatuh di tempat kedua Proton Preve, laman media sosial berasaskan imej 9GAG dan laman beli-belah fesyen dalam talian Zalora melengkapkan lima terma carian paling hangat tahun ini.

Jurucakap Google, Zeffri Yusof berkata, “Google sering menjadi tempat pertama bagi rakyat Malaysia mengikuti sukan kegemaran mereka, mengetahui berita terkini atau menemui perkara-perkara baru dan orang. Seperti biasa, Zeitgeist akhir tahun ini adalah barometer budaya yang memberikan kita gambaran sebenar peristiwa-peristiwa besar, detik-detik kenangan dan trend yang semakin meningkat di Malaysia bagi tahun 2012. ”

APAKAH …

Gangnam Style bukan hanya sebuah video yang paling banyak ditonton di YouTube, tetapi ia juga menimbulkan rasa ingin tahu rakyat Malaysia seperti yang dibuktikan oleh lagu hangat itu apabila ia berada di kedudukan teratas bagi senarai carian ‘Apakah’. Kita juga ingin mengetahui lebih lanjut tentang cetak rompak dalam talian (SOPA), mengapa Anda Hanya Hidup Sekali (YOLO), Lynas, Instagram, love dan anehnya, kita juga ingin mengetahui apakah itu ‘Internet’.

PERSONALITI

Kematian Whitney Houston pada bulan Februari menjadikan beliau personaliti yang paling dicari bagi tahun 2012 di Malaysia, mengatasi bintang bola keranjang Jeremy Lin. Tempatan, kita memberi perhatian kepada penyanyi bersuara lunak Shila Amzah, yang telah menjuarai pertandingan Asian Wave di Shanghai dan penyanyi Izwan Pilus, yang meninggal dunia akibat jangkitan darah pada bulan Januari.

CARIAN IMEJ TERHANGAT

Suasana di waktu pagi adalah detik yang paling indah di siang hari, dengan rakyat Malaysia meletakkan imej matahari terbit, awan gebu dan lain-lain carian berkaitan sinaran mentari pagi di tempat teratas untuk kategori carian imej. Apatah lagi gambar-gambar yang berkaitan hari lahir – imej Happy Birthday, kek Harijadi dan Ucapan Harijadi. Bunga ros, kartun dan imej-imej cinta (yang menunjukkan bahawa kita sememangnya penuh dengan kasih sayang) merupakan beberapa imej kegemaran yang kita cari tahun ini.

DESTINASI PERJALANAN

Ia mungkin hanya dibuka pada bulan September lalu, tetapi Legoland Malaysia di Johor telah menjadi destinasi yang paling dicari oleh rakyat Malaysia untuk dikunjungi, terima kasih kepada minat berterusan kita dengan bata plastik kecil berwarna-warni. Tempat-tempat percutian popular Sunway Lagoon, Langkawi, Cameron Highlands dan Melaka menunjukkan daya tarikan luar biasa sebagai tempat-tempat patut dikunjungi. Hanya Universal Studios Singapore dan neraga pulau itu sendiri yang berada di dalam senarai carian destinasi luar negara.

SUKAN

Tidak hairanlah apabila pasukan sukan kegemaran yang kebanyakannya dicari adalah berkaitan bola sepak antarabangsa. Kelab Liga Perdana Inggeris Arsenal berada di tempat teratas senarai sebagai pasukan yang paling dicari menewaskan pasukan pilihan tradisi Manchester United dan Liverpool – agak mengejutkan tahun ini. Tetapi apa yang perlu diberi perhatian tahun ini, di kalangan semua pemain hebat Liga Perdana Inggeris dan La Liga Sepanyol, juara Liga Super Malaysia 2012 iaitu Kelantan turut membuat penampilan di dalam senarai 10 terhangat. Ya, cinta kita untuk bola sepak sememangnya bermula di rumah.

CARIAN DI TELEFON BIMBIT (PERSONALITI)

Berikut adalah satu kategori baru bagi tahun ini: carian tertinggi menggunakan telefon bimbit. Carian on-the-go kita untuk personaliti yang telah memikat hati orang ramai menyaksikan pendakwah ‘selebriti’ Ustaz Azhar Idrus yang paling banyak dicari di skrin telefon kita. Kita juga mencari tentang idola remaja Justin Bieber dan Taylor Swift, mengetahui pelancaran model-model kereta baru melalui blog Paul Tan dan mencari maklumat terkini tentang tokoh politik Anwar Ibrahim.

Di samping mempamerkan apa yang dicari oleh rakyat di MALAYSIA, alat Google Zeitgeist juga menawarkan tinjauan jelas tentang topik yang telah menarik perhatian dunia pada tahun 2012. Istilah carian terhangat dari lebih lima puluh negara dipaparkan pada laman web Google Zeitgeist kami, http://www.google.com/zeitgeist/2012/ – daripada destinasi pelancongan terkenal di Brazil, ke selebriti popular Australia, ke atlet Olimpik Mesir terhangat, ke gajet teknologi tercanggih di Jepun dan lain-lain.

Tahun ini carian paling hangat global menunjukkan minat kepada:

Istilah Carian Global Terhangat

  1. Whitney Houston
  2. Gangnam Style
  3. Hurricane Sandy
  4. iPad 3
  5. Diablo 3
  6. Kate Middleton
  7. Olympics 2012
  8. Amanda Todd
  9. Michael Clarke Duncan
  10. BBB12

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: