Nokia Lumia 920 Akhirnya Dilancar

Nokia sah bakal memasarkan Lumia 920 di Malaysia pada 21 Disember 2012 dengan tempahan mula dibuka esok.

Dual telko, Celcom Dan DiGi antara syarikat terawal yang memasarkannya bersama plan mereka.

Syarikat Finland tersebut kembali kepada kekuatan mereka iaitu fungsi kamera dengan teknologi PureView dipasang bersama Penstabilan Imej Optikal dan lensa Carl Zeiss bermakna gambar dan video anda adalah terperinci, bebas kabur dan terang, tidak kira apa keadaan cahaya yang anda alami melalui model Lumia 920 selain cuba memanfaatkan sepenuhnya kekuatan sistem operasi Windows Phone 8.

Lumia 920 baru juga datang dengan PrueMotion HD + iaitu sejenis paparan yang cemerlang di dunia dengan resolusi 1280 x 768 piksel bermotifkan skrin sentuh yang terpantas dan paling sensitif: cukup untuk menawarkan kejelasan setiap warna dan cukup sensitif untuk respon kepada hujung jari anda.

Satu lagi tarikan yang anda akan dapati termasuk kemudahan mengecas bateri telefon tanpa menggunakan pengecas fizikal kerana semuanya boleh dilakukan secara wayarles di mana pengecasnya sudah tersedia dalam peranti itu sendiri dengan kemudahan peralatan dan perisian menggunakan sistem Wireless Charging Shell.

Pengecas wayarles cekap tenaga Nokia datang dalam pelbagai bentuk, saiz dan warna, jadi anda boleh memilih satu untuk dipadankan dengan telefon anda.

Manakala ciri Nokia City Lens membenarkan anda melihat nama bangunan atau sebagainya apabila ia dibuka menerusi kamera. Contohnya, anda sedang melalui bandar Kuala Lumpur dan melalui Dataran Merdeka tapi anda tidak tahu apakah nama bangunan tersebut, jadi anda hanya perlu buka kamera dan sambungan internet dan ia memberikan namanya iaitu ‘Dataran Merdeka’ atau ‘Bangunan Sultan Abdul Samad’ terpampang di skrin.

Harganya dikatakan bernilai RM1,840.

Saiz Nokia Lumia 920
Sampel gambar
Pengecas wayarles
Nokia City Lens

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: