Nexus 4 Pertengahan Januari?

iPhone 5 sudah dilancar, Nokia Lumia 920 juga telah tersedia di pasaran tetapi gajet cun, Google Nexus 4 yang dikeluarkan LG masih lagi belum nampak bayang-bayangnya.

Gajet yang beroperasi pada Android 4.2 Jelly Bean dihadirkan bersama pemproses Quad Core Qualcomm Snapdragon S4 Pro, Krait 1.5GHz dengan keupayaan RAM sebanyak 2GB pastinya mengujakan penggemar Google.

Lagipun, ciri lain termasukskrin bersaiz 4.7 inci jenis True HD IPS Plus beresolusi 1280 x 768 piksel dan dikukuhkan dengan teknologi Zerogap Touch serta gelas anti gores Gorilla Glass 2 selain kamera 8 megapiksel, kamera depan 1.3MP serta bateri 2100 mAh yang mampu memberikan tenaga untuk masa bercakap selama 15.3 jam.

Sumber dalaman menyebut LG masih berkira-kira tarikh sebenar pelancarannya dan menjangkakan tarikh awal kini pada pertengahan Januari 2013.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: