Instagram Buat Hal, Apa Kata Anda

Instagram menimbulkan kekecohan kepada penggunanya dengan merubah terma dan syarat bagi penggunaan aplikasi foto popular tersebut dengan menambah dasar privasi yang memberikannya hak untuk menjual nama pengguna dan gambar kepada pengiklan.

Ia bermakna, foto anda, kucing anda, rumah anda malah jamban anda sekalipun akan dijual sekiranya Instagram merasakan ia mempunyai nilai komersil.

Perubahan ini datang daripada pemiliknya kini iaitu Facebook yang memberi dirinya hak untuk masuk ke dalam data Instagram pengguna, yang bermakna gambar Instagram akan mula disepadukan ke platform pengiklanan Facebook.

Apa kata anda?