IBM Simon, Telefon Pintar Pertama Di Dunia

Permulaan dan persoalan telefon bimbit pertama sebenarnya masih boleh dibuka untuk perdebatan apabila ia dikatakan sudah lama dikeluarkan namun hanya popular sekitar 1997 sahaja. Boleh dikatakan, IBM Simon adalah telefon yang dikatakan telefon pintar pertama yang menggabungkan fungsi telefon dan PDA yang juga peralatan pertama dikomersilkan secara meluas.

Baru-baru ini, ia menyambut kelahiran pada usia 20 tahun yang mana peranti dinamakan Simon Personal Communicator adalah gajet yang mempunyai fungsi skrin sentuh dan PDA direka IBM dan dibina di atas platform Mitsubishi. Prototaip peralatan tersebut diberi nama kod Angler pertama kali dipertontonkan di Pertunjukan Dagangan COMDEX di Las Vegas pada 23 November 1992. Simon berukuran 200 x 64 x 38mm dan mempunyai berat 510g.

Ia menggunakan sistem operasi Datalight ROM-DOS berkuasakan hanya 16MHz, 16-bit dan pemproses x86. Spesifikasi lain menyaksikan telefon tersebut dibekalkan dengan paparan LCD 4.5 inci, memori 1MB, sejenis slot kad PCMCIA, fax 9600-bps Group dan modem 2400-bps bersamaan 0.00228 Mbps. Dengan kontrak selama dua tahun bersama syarikat BellSouth ketika itu, ia dijual kira-kira RM2,700.

Spesifikasi tersebut langsung tidak berguna untuk zaman sekarang malah telefon pintar itu juga membenarkan aplikasi pihak ketiga namun hanya ada satu aplikasi saja yang dikeluarkan iaitu DispatchIT yang berharga RM900.

IBM menyatakan model Simon terjual kira-kira 50,000 unit selepas enam bulan dikeluarkan. Sekarang, jualan telefon pintar dianggarkan mencecah 650 juta unit.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: