3,000 Data Rahsia Pemimpin Didedah Anonymous

Setelah berjaya melakukan serangan siber ke atas laman-laman web milik pemerintah Israel, kumpulan hackers Anonymous mendakwa telah membocorkan lebih dari 3000 data rahsia para penyumbang dana yang menyokong Israel.

Pembocoran informasi tersebut termasuklah alamat rumah, nombor telefon dan emel dari semua penyumbang untuk  Unity Coalition for Israel.

Seperti dilaporkan TheNextWeb, 3000 nama telah didedahkan di laman web Pastebin, antara nama yang tercatat ialah nama seorang Senator Amerika Syarikat, iaitu Daniel Inouye. Beliau adalah seorang veteran perang yang menentang Nazi pada Perang Dunia II. Ia juga seorang ahli politik yang amat dikenali kerana menjalin hubungan yang sangat rapat dengan Israel.

Masih terdapat beberapa nama penting lain dalam daftar tersebut, antaranya ialah Spencer Abraham, Christopher Bond, John Breaux, Alfonse D’Amato, dan Rod Grams, semuanya adalah bekas senator AS.

Selain itu juga, terdapat ramai penyumbang tersebut adalah warga Amerika yang pernah menjawat jawatan penting di dalam pentadbiran. Terdapat beberapa nama di dalam daftar tersebut turut menyatakan jumlah sumbangan peribadi yang dijangkan akan menjadi masalah besar bagi mereka.

Pendedahan ini adalah lanjutan dari serangan siber terhadap kira-kira 700 laman web Israel pada 17 November 2012 lalu. Serangan yang diberi kod nama #OpIsrael ini menyebabkan sebahagian besar laman web tersebut kehilangan pengkalan data.

Anonymous yang hanya mahu dikenali sebagai hacktivist ini dijangka akan meneruskan serangan siber terhadap Israel sebagai tindakbalas di atas serangan Israel yang semakin hangat di kawasan Timur Tengah tersebut. – Sumber dari GB

%d bloggers like this: