IPad Mini Sah 23 Oktober

Apple sudah pun menghantar jemputan untuk menghadiri pengumuman penting syarikat itu bagi memasarkan iPad versi baru digelar iPad Mini.

Syarikat Cupertino tersebut dijangka akan menggunakan saiz skrin 7.85 inci bersama pemproses A6 dan kamera belakang beresolusi 5.0 megapiksel.

Di samping itu, Apple dijangka mengumumkan versi 3G terlebih dahulu dengan kadar setoran 8GB, 16GB dan 32GB.

Paparan Retina turut akan dimuatkan bersama peranti yang menjadi kesinambungan legasi Apple itu.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia