Fortinet Lancar Sistem Keselamatan & Perisikan untuk BYOD

Fortinet selaku peneraju dunia dalam keselamatan rangkaian berprestasi tinggi – hari ini mengumumkan FortiOS 5.0, sistem operasi keselamatan yang termaju di dunia yang menjadi asas bagi semua platform keselamatan bersepadu Fortinet FortiGate. Keluaran baru ini menyediakan lebih keselamatan, perisikan dan kawalan untuk membantu perusahaan di Malaysia dilindungi daripada ancaman maju hari ini dan membolehkan persekitaran BYOD yang lebih selamat.

Dengan dasar-dasar keselamatan yang lebih bijak dan lebih berkesan, Fortinet memberikan teknologi baru kepada perusahaan beraneka saiz untuk melindungi dan mengurus rangkaian mereka memandangkan perubahan asas kepada jenis-jenis serangan serta cara pengguna mengakses rangkaian. Fortinet melanjutkan kepimpinannya dengan mengintegrasikan identifikasi dan pengurusan tingkah laku pengguna dan peranti yang maju, termasuk dasar-dasar berasaskan reputasi, botnet berpengesanan lebih baik serta perlindungan dan pemeriksaan trafik yang disulitkan.

Sebagai tambahan kepada sistem operasi FortiOS 5.0 baru bagi peranti FortiGate, Fortinet mengumumkan FortiManager 5.0, FortiAnalyzer 5.0 dan FortiClient 5.0 untuk menangani keperluan bagi pengurusan dan analisis infrastruktur rangkaian dan peranti endpoint dalam perusahaan, pengangkut, MSP dan juga persekitaran perusahaan sederhana dan kecil.

Fortinet menambah lebih daripada 150 ciri-ciri dan peningkatan kepada FortiOS 5.0. Hasilnya, semua saiz perusahaan akan lebih bersedia untuk mempertahankan diri terhadap ancaman maju yang baru serta mengurus dan melindungi rangkaian mereka terhadap kebanjiran peranti mudah alih dan aplikasi jenis baru. Faedah utama termasuk:

  • Lebih Sekuriti untuk melawan ancaman maju. Suatu ciri reputasi pelanggan menunjukkan kedudukan keselamatan kumulatif setiap peranti kepada perusahaan berdasarkan pelbagai tingkah laku dan menyediakan maklumat khusus, bermanfaat yang membolehkan organisasi untuk mengenal pasti sistem yang terjejas dan serangan ‘zero-day’ secara ‘real time’. Sistem pengesanan anti-malware maju yang baru menambahkan enjin heuristik pada perantiberasaskan tingkah laku dan perkhidmatan AV berasaskan awan yang termasuk sistem operasi sandbox dan pangakalan data reputasi IP botnet. Bersama dengan tandatangan AV disahkan industry yang unggul, FortiOS 5.0 menyampaikan perlindungan berlapis-lapis yang tidak tertanding terhadap malware canggih hari ini.
  • Lebih Kawalan untuk melindungi peranti mudah alih dan persekitaran BYOD dengan mengenal pasti dan menjalankan dasar akses tertentu serta profil keselamatan mengikuti jenis peranti atau kumpulan peranti, lokasi dan penggunaan
  • Lebih Perisikan dengan pelarasan dasar secara otomatik berasaskan peranan untuk pengguna dan tetamu berdasarkan  lokasi, data dan profil permohonan. Mempertingkatkan perlaporan dan analisis juga membekalkan pentadbir dengan lebih perisikan terhadap tingkah laku rangkaian,pengguna, peranti, aplikasi dan ancaman mereka.

“Kami amat teruja mengenai kemajuan dalam FortiOS 5.0,” kata George Chang, pengarah serantau Fortinet bagi Asia Tenggara dan Hong Kong. “Mengimbas kembali sepuluh tahun yang lalu, setiap keluaran FortiOS menyampaikan inovasi yang mengubah pasaran. Dengan FortiOS 5.0, Fortinet terus memimpin dan mendefinisikan ruang sekuriti rangkaian. Kami menyampaikan fungsi terbaik dan luas yang bersepadu sepenuhnya kepada pelanggan kami dengan sistem FortiASICs dan FortiGate berprestasi tinggi. Gabungan ini pelanggan kami mempunyai rangkaian keselamatan, prestasi, pengurusan dan analisis yang paling unggul.”

“Kami amat bergantung kepada servis keselamatan, rangkaian dan pengurusan yang bersepadu dan canggih yang terbenam dalam FortiOS,” kata Ken Smith, akitek penyelesaian keselamatan kanan dengan Green Pages. “Apa yang amat menarik mengenai keluaran baru ini adalah ciri ‘reputasi pelanggan’ yang memberikan pandangan luas mengenai setiap pelanggan pada rangkaian kami dan keupayaan menguatkuasakan ‘dasar pintar’ untuk melindungi pengguna individu di seluruh organisasi kami, tanpa mengira lokasi mereka, jenis peranti yang mereka gunakan untuk mengakses sumber rangkaian atau status mereka sebagai tetamu. Ia merupakan satu langkah utama dalam mengukuhkan kedudukan keselamatan keseluruhan kami.”

FortiManager 5.0

Sebagai platform pengurusan berpusat dan panel-tunggal bagi semua peranti Fortinet, FortiManager 5.0 yang baru mempunyai peningkatan ketara yang dikhaskan untuk perusahaan dan pembekal perkhidmatan:

  • Keupayaan untuk menguruskan peranti keselamatan fizikal dan maya dengan menggunakan GUI berasaskan Web tunggal dengan fungsi baru termasuk dasar seret dan lepas antara panel, pengeditan objek dasar pandangan langsung, sokongan IPv6 sepenuhnya dan kemudahan UI skrip baru.
  • Lebih profil pentadbiran berbutir dan penggunaan mudah yang lebih hebat
  • Peningkatan keupayaan peruntukan bagi pelancaran berskala besar
  • Peningkatan laporan dan analisis dengan paparan pelbagai bingkai, dasar seret dan lepas antara bingkai dan asas peraturan, pembalakan dan laporan terpasang serta sokongan IP6 sepenuhnya

Selain itu, pembawa/pembekal awan akan mendapat manfaat daripada fungsi XML dan jSON API ditambahkan serta keupayaan UI skrip yang membolehkan peruntukan auto dan penciptaan dan pengubahsuaian dasar dan objek yang dipermudahkan.

FortiAnalyzer 5.0

Peralatan pembalakan, menganalisis dan melaporkan keluarga FortiAnalyzer mengumpulkan data log secara selamat daripada peranti Fortinet dan peranti syslog bersesuaian lain. FortiAnalyzer 5.0 baru termasuk ciri-ciri untama baru berikut:

  • Peningkatan visualisasi data dan analisis  yang ketara demi membolehkan visibiliti kritikal ke dalam kedudukan keselamatan rangkaian pelanggan
  • Laporan disatukan bagi semua peranti dan titik hujung berasaskan FortiOS, membolehkan gambaran yang lebih baik mengenai penggunaan jalur lebar, penggunaan aplikasi dan penggunaan rangkaian
  • Pengurusan kedua-dua peralatan fizikal dan maya untuk konfigurasi disatukan dan pelaporan secara universal merentasi pelbagai sistem FortiAnalyzer
  • Keupayaan untuk menyegerakkan berbilang FortiAnalyzers untuk konfigurasi dan pelaporan bersatu

FortiClient 5.0

FortiClient menyediakan sekuriti titik hujung bila-bila masa dan di mana-mana bagi peranti Windows dan Macintosh. Peningkatan termasuk:

  • Penguatkuasaan dasar keselamatan yang lebih baik dalam situasi luar internet untuk memastikan pematuhan kepada dasar korporat apabila tiada sambungan kepada rangkaian
  • Peningkatan integrasi dengan peranti FortiGate supaya memudahkan peruntukan VPN jauh demi penggunaan mudah.

“Meliputi perusahaan dan pembawa terbesar kepada rangkaian peruncitan diedarkan dan SMB yang lebih kecil, pelanggan kami memerlukan sekuriti rangkaian yang lebih ketat dan permintaan yang lebih besar untuk akses kepada data,” kata Patrick Bedwell, naib presiden pemasaran produk untuk Fortinet. Dengan pengingkatan varian serangan baru dan revolusi ‘bawa peranti anda sendiri’ giat dijalankan, organisasi memerlukan langkah-langkah keselamatan yang luas dan berskala, dan fleksibel untuk penguatkuasaan dasar yang terperinci serta mudah ditempatkan. Kami memenuhi keperluan pasaran ini dengan pelancaran sistem operasi keselamatan rangkaian yang paling maju di industri yang berfungsi seiring dengan pengurusan, analisis dan teknologi perlindungan pelanggan generasi akan datang kami.
FortiOS 5.0, FortiManager 5.0, FortiAnalyzer 5.0 dan FortiClient 5.0 akan disediakan di Malaysia bulan ini

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: