Nokia Tawar Asha 308, Telefon Pintar Murah

Nokia melancarkan model peringkat rendahnya dengan pengelana Asha 308 menawarkan satu pengalaman yang inovatif bagi telefon pintar, penuh dengan sambungan internet, aplikasi, peta, rangkaian sosial dan permainan.

Peranti baru ini menawarkan antaramuka pengguna yang mesra pembangun bermakna persekitaran terbuka bagi pembangunan aplikasi pihak ketiga – ciri-ciri yang telah memasuki beberapa produk Asha Touch.

Asha 308 menawarkan skrin 3-inci, tahan calar, skrin sentuh yang berkapasitif, kamera 2-megapiksel, dan sistem operasi Symbian.

Produk tersebut menjamin kelancaran produk yang dikategorikan dari keluarga Asha Touch dengan pengalaman cepat, menghiburkan dan intuitif.

Antaramukanya juga membenarkan semua aplikasi anda di satu tempat, ‘My Screen’ yang boleh diperibadikan dengan kenalan, kegemaran, aplikasi dan skrin Home selain menyediakan akses cepat kepada ciri-ciri yang paling digunakan seperti pendail telefon atau pemain muzik.

Asha 308 menggunakan pelayar baru Nokia Xpress, yang menggunakan teknologi mampatan perkomputeran ‘cloud’ untuk membuatkan pelayaran laman web lebih cepat tetapi pada masa sama menjimatkan 90 peratus data.

Salah satu ciri-ciri Nokia Xpress membolehkan anda melayari YouTube dalam pelayar secara terus tanpa aplikasi tertentu, tetapi sebenarnya aliran video YouTube dimainkan melalui pemain video telefon itu sendiri.

Ia juga telefon peringkat rendah yang sesuai untuk sambungan Facebook atau Twitter yang sudah sedia dimuatkan bersama.

Sama seperti telefon Asha Touch yang lain, setiap peranti baru datang dengan 40 permainan EA percuma untuk anda untuk memuat turun dan menyimpan selama-lamanya seperti Tetris, FIFA 2012, dan Need for Speed

Asha mempunyai Nokia Maps 2.0 jadi anda boleh menemui tempat-tempat menarik, mencari perkara yang perlu dilakukan dan berkongsi dengan kawan-kawan anda.

Di samping itu, Asha turut dilengkapi dua slot kad sim untuk membolehkan anda menggunakan nombor telefon yang berbeza dengan satu peranti serta lengkap dengan ciri Dual SIM Swap supaya anda boleh menukar kad SIM tanpa mematikan telefon.

Ia dijangka dijual pada harga RM348 saja.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: