LG Masih Bernafas…Dengan Escape

LG masih bernafas dengan model baru termasuk model baru, LG Escape yang dikuasakan sistem operasi Android 4.0 ICS.

Telefon yang menggunakan kuasa pemproses 1.2GHz dual-core turut disediakan dengan 4.3 inci qHD serta kamera 5MP selain tetapan LTE walaupun menyedihkan apabila rangkaian LTE belum pun tersedia di negara ini.

Menggunakan storan dalaman 4GB dan kad memori luar microSD selain bateri bersaiz 2150mAh, bluetooth jenis 4.0, kamera depan 1.3MP dan fungsi pelayar baru dipanggil Skyfire Horizon yang juga sebuah sambungan toolbar untuk akses pantas ke media sosial.

Setakat ini, LG tidak mengesahkan pasarannya di Malaysia namun ada cakap-cakap yang mengatakannya dikeluarkan penghujung tahun ini.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: