Kempunan iPhone 5

Empat penjenayah yang mencuri sebuah kereta BMW telah merempuh Apple Store di Temecula, California baru-baru ini hanya kerana cuba merampas iPhone 5 baru yang diumumkan Apple.

Namun, usaha keji mereka menjadi sia-sia apabila telefon tersebut tidak disimpan di stor tersebut apabila Apple hanya akan memasarkannya pada 21 September. Lebih malang, seorang dari empat pencuri tersebut berjaya ditahan.

Kesemua mereka bagaimanapun cuba mencuri iPhone 4s namun terperangkap apabila pintu keselamatan diaktifkan. Mereka bagaimanapun berjaya melepaskan diri melalui pintu belakang kecuali pemandu.

Equonne Romon Howard yang memandu kereta curi tersebut dikenakan saman sebanyak hampir RM2 juta iaitu akibat merempuh stor dengan anggaran nilai dipercayai dituntut Apple sebagai kerugian kedai.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: