Kemaskini Staf TheSkop.com di San Francisco

Jam sekarang menunjukkan 8 pagi di San Francisco. Suasana sejuk pagi dengan orang ramai sudah mula keluar bekerja merancakkan suasana pengumuman Apple mengenai BEBERAPA inovasi baru mereka.

Ketika berjalan di Union Square dan mengunjungi kedai Apple semalam, pekerja di sana memaklum mereka sudah bersedia walaupun ia hanya pengumuman biasa. Dia yang enggan mendedahkan diri memaklumkan Apple bukan saja akan memperkenalkan iPhone 5 tetapi beberapa inovasi lain seperti aksesori baru, kemaskini OS dan perubahan ketara pada siri. Ketika bercakap tentang iPhone 5, dia berkata ada beberapa perubahan yang akan disaksikan terutama:

1. Saiz lebih memanjang bagi kegunaan paparan HD 16:9 ketika menonton. Ia bermakna saiz antara 4.0 hingga 4.35 inci

2. Rekaan keliling produk akan ditukar kepada aluminium dan bukan lagi gelas. Pembaharuan yang sangat dinantikan kaki iPhone.

3. Port sambungan yang bukan lagi seperti 4 model sebelum ini.

4. Sambungan LTE yang kini meluas di kalangan rakyat Amerika Syarikat (Saya maklumkan di Malaysia, 3G pun masih terhegeh-hegeh).

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: