Kemaskini Staf TheSkop.com di San Francisco

Gambar di depan dewan. Ihsan dari TechCrunch memandangkan kami tidak dapat sambungan mencukupi untuk menghantar gambar!

Phil Schiller iaitu seorang eksekutif kanan Apple mendedahkan nama iPhone baru, ya…ia adalah iPhone 5

Kedudukan butang semunya sama, betul..saiznya meningkat!

iPhone 5 mempunyai berat sebanyak 112 grams – 20% lebih ringan dari 4S.  Saiz skrin baru, 4.0 inci dengan paparan jenis sama! Saiz skrin 1136 x 640 piksel.

iPhone 5 mempunyai berat sebanyak 112 grams – 20% lebih ringan dari 4S. Saturasi warna 44% lebih baik dari 4s. Rangkaiannya kini HDPA+, DC-HSPDA, and LTE yang sebelum ini hanyalah GPRS, EDGE, EV-DO, HSPA.

Syarikat telko Asia yang mempunyai LTE Softbank, Smartone, Singtel, SK Telecom. Alamak! Tiada di Malaysia. Mohon Dato Seri Utama Rais Yatim pandang serius masalah ini!

Jangka hayat bateri 8 jam untuk masa berbual menggunakan 3G, 8 jam untuk pelayaran LTE, 10 jam untuk pelayaran wifi, 40 jam untuk muzik, 225 masa sedia.

Kamera iPhone 5 pula adalah 8MP, dengan resolusi 3264 x 2448, mempunyai penapis IR hibrid dan lima elemen dalam lensa serta apertur f2.4 dan semuanya pada saiz 25 peratus lebih kecil untuk kamera.

Ciri baru pada kamera: foto panorama manakala imej dirakam 40% lebih pantas. Rakaman video 1080p dengan pengesan muka sebanyak 5 individu dan boleh pula merakam foto ketika rakaman video dijalankan. Kamera depan menyokong 720p yang lebih baik dan berita paling seronok jika anda pengguna Facetime.

Fungsi audio untuk telefon pun direka lebih baik dengan lima magnet pada speaker berbanding dua magnet sebelum ini. Bermakna panggilan anda lebih jelas.

Sebelum ini, iPhone menggunakan sambungan 30 pin sejak 2003 dan kali ini ia ditukar kepada Thunderbolt seperti digunakan bagi Macbook iaitu 80% lebih kecil. Syarikat aksesori seperti Bose, JBL, Bowers dan Wilkins bakal menghasilkannya. Tapi jangan risau kerana adapter untuknya juga ditawarkan.

OS baru juga dilancarkan pada iOS6

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: