DiGi Dijangka Keluarkan Telefon Sendiri

Syarikat telekomunikasi terkemuka, DiGi Telecommunications Sdn Bhd (DiGi) dijangka mengeluarkan telefon berjenama sendiri tidak lama lagi setelah syarikat selesai mengkaji pasarannya di negara ini.

Sumber DiGi memaklumkan, sebelum syarikat itu mengeluarkan telefon jenama sendiri, persepsi masyarakat Malaysia perlu ditukar.

Ia memandangkan senario di negara ini menunjukkan pengguna Malaysia masih cenderung memilih telefon berjenama yang sudah diiktiraf.

Sumber berkata, syarikatnya mengikut jejak langkah syarikat lain seperti AT&T di Amerika Syarikat yang sudah mengeluarkan telefon jenama sendiri.

DiGi mungkin akan bekerjasama dengan syarikat China untuk merealisasikan impian tersebut.

Sumber berkata lagi, harga yang ditawarkan bagi telefon berjenama sendiri dijangka dijual pada harga yang sangat murah iaitu pada kira-kira RM400 saja dengan keupayaan ciri telefon pintar yang boleh mengakses data dengan laju.

%d bloggers like this: