Perbandingan Harga Samsung Galaxy S3 (3 Telko)

Samsung Galaxy S3 yang baru dilancarkan memberikan persaingan sengit antara 3 syarikat telekomunikasi memasarkan peranti tersebut bersama pelan masing-masing.

theskop.com memaparkan sedikit perbandingan dari segi harga peranti berasaskan pelan internet minimum 1GB ditawarkan Celcom, DiGi dan Maxis.

Harga Samsung Galaxy S3: RM2,199

Harga Telko (jika ditawarkan pada kontrak 12 bulan dan pelan 1GB):

Celcom: RM1,778 (+300 untuk bayaran pendahuluan) = RM2,078

DiGi: RM1,799 (+RM98 untuk bayaran pendahuluan) = RM1,897

Maxis: RM1,799 (+RM100 untuk bayaran pendahuluan) = RM1,899

Bayaran Bulanan:

Celcom: RM88

DiGi: RM48

Maxis: RM98

Dari aspek harga, DiGi menawarkan harga telefon lebih murah berbanding dua telko lain. Manakala DiGi dan Celcom juga tidak mengenakan caj tambahan sekiranya anda melebihi kuota yang ditetapkan berbanding Maxis iaitu 30 sen setiap MB.

Pada masa sama, anda perlu meneliti kawasan liputan dan isyarat internet 3G terbaik yang hanya dimiliki Maxis dan Celcom terutama jika anda berada di kawasan luar bandar.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: