OS X Mountain Lion, Jantung Baru Apple

Apabila bercakap mengenai OS X Mountain Lion (ML) mereka, Apple memaklumkan syarikat itu sudah menjual lebih 26 juta salinan perisian Lion OS sebelum ini berbanding 66 juta pengguna desktop Mac sedia ada.

Angka terbabit tujuh kali lebih tinggi berbanding jualan pada tahun 2007 syarikat terbabit.

ML memperkenalkan lebih 200 ciri inovatif termasuk semua app Message baru, Notification Center, Sharing, penyepaduan Facebook, Dictation, Power Nap, AirPlay Mirroring, Game Center dan Gatekeeper

“Kepantasan inovasi pada Mac sangat menakjubkan, OS X Mountain Lion datang hanya setahun selepas pelancaran Lion yang sangat berjaya,” kata Schiller.
Menggunakan akaun iCloud anda, ML menjadikannya lebih mudah untuk membuka ciri Mail, Contacts, kalendar, mesej, Reminder dan Notes pada satu kesepaduan.

Aplikasi Reminder dan Notes membantu anda ingat tugas penting dan mencatat fikiran anda dengan cepat manakala iCloud secara automatik menyimpan segala-galanya sehingga tarikh terbabit tiba.
Sementara itu, app mesej baru menggantikan iChat dan membawa iMessage ke Mac, jadi anda boleh menghantar mesej kepada sesiapa yang mempunyai iPhone, iPad, iPod Touch atau Mac lain.

Anda boleh memasukkan lampiran, foto berkualiti tinggi dan video HD dan iMessages anda muncul pada semua peranti.

ML juga memperkemaskan penyampaian Notification Center apabila membenarka anda melihat semua notifikasi anda dari OS X dan aplikasi pihak ketiga dalam satu platform yang mudah.
Di samping itu, ML juga memperkenalkan Power Nap, satu ciri baru yang inovatif mengemaskini maklumat untuk semua notebook.

Ia secara automatik akan mengemaskini e-mel, kenalan, kalendar, notifikasi, Notes, stream foto, Find My Mac dan dokumen dalam cloud.

Manakala revolusi Gatekeeper membenarkan pindah turun perisian selamat dari Internet dengan memberi anda kawalan automatik.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: