Motorola RAZR Maxx Mula Dipasarkan Di Malaysia

Motorola Mobility melalui pengedarnya di Malaysia, Brightstar memperkenalkan telefon pintar android terbarunya, Motorola RAZR Maxx yang sudah boleh ditempah berharga RM1,688.

Peranti dengan skrin sesentuh sepenuhnya yang dijual adalah antara model ternipis dengan ketebalan 7.1 milimeter (mm), lebar 68.9 mm dan panjang 130 mm, manakala beratnya hanya 127 gram.

Model yang menggunakan sistem operasi Android 2.3.5 Gingerbread dan prosesor 1.2GHz itu boleh dikemaskini pada Android 4.0 (Ice Cream Sandwich) dan ia turut dilengkapi kamera belakang 8MP dengan LED flash, sementara kamera depan pula bersaiz 1.3 MP yang dilengkapi sistem kamera web definisi tinggi (HD).

Disebabkan ciri terseut, Motorola RAZR mampu merakam dan memainkan semula video dengan lebih jelas apabila menggunakan sistem 1080p pada skrin bersaiz 4.3 inci yang dilengkapi ciri Super AMOLED Advance qHD.

Model terbaru Motorola itu juga didatangkan dengan RAM Dua-Channel, memori 16GB, selain mampu menyokong memori tambahan sehingga 16GB menerusi kad microSD yang sudah siap ditawarkan bersama.

Lebih mencuri tumpuan, Maxx mempunyai daya ketahanan bateri 21 jam waktu berbual dikuasakan bateri bersaiz 3300mAh Li ion.

Satu lagi ciri menarik ialah tetapan Buku Telefon lengkap mengikut kesesuaian Gmail, Exchange, Facebook, Twitter atau LinkedIn.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia