Kejutan Macbook Baru di WWDC 2012

Macbook Air

Tidak, kita tidak mendapatkan paparan Retina pada Macbook Air seperti yang ramai antara kita harapkan tetapi Apple merangsangkan nafsu membeli laptop nipis terbabit dengan beberapa ciri baru termasuk pemprosesan Ivy Bridge.

Selain itu, terdapat sepasang port USB 3.0 dengan pilihan untuk menggandakan kapasiti setoran flash menerusi SSD 512GB.

Tidak dilupakan, penambahan 8GB RAM 1600MHz DDR3L dan penyambungan baru Apple iaitu MagSafe 2.

Model asas iaitu 11 inci berharga kira-kira RM2,999 manakala saiz 13 inci pada harga RM3,599 iaitu diturunkan sehingga RM300

Perbandingannya seperti berikut

MacBook Air (mid 2011) MacBook Air (2012)
Tinggi 0.11-0.68 inci 0.11-0.68 inci
Berat 2.38g 2.38g
Resolusi paparan 1366 x 768, 1440 x 900 1366 x 768, 1440 x 900
CPU Sandy Bridge Core i5, Core i7 Ivy Bridge Core i5, Core i7
Grafik Intel HD Graphics 3000 Intel HD Graphics 4000
Memori 2, 4GB of 1333MHz DDR3 4, 8GB of 1600MHz DDR3L
Setoran 64, 128, 256GB 64, 128, 256, 512GB
Port Two USB 2.0, Thunderbolt Two USB 3.0, Thunderbolt
WiFi 802.11 a/b/g/n 802.11 a/b/g/n
Bluetooth 4.0 4.0
Jangka hayat bateri 5-7 jam 5-7 jam
Harga RM2,999 (11-in.), RM3,899 (13-in.) RM2,999(11-in.), RM3,599 (13-in.)

Macbook Pro

Ia perubahan paling menonjol sejak Macbook dicipta dengan penetapan paparan Retina dengan dikemaskini kepada pemprosesan Ivy Bridge 2.7GHz dan grafik GeForce GT 650M yang menarik.

Lebih mengejutkan, Apple melengkapkan laptop ini dengan paparan berresolusi paling tinggi di dunia iaitu 2880 x 1800 piksel 220ppi pada skrin 15.4-inci menjadikan antara laptop yang perlu dimiliki pengguna.

Malah, Macbook Pro baru ini mempunyai tahap kenipisan membanggakan apabila menyerlahkan saiz 0.71 inci pada rekaannya sekali gus menghilangkan gelisah pengguna yang beranggapan ia terlalu tebal untuk dibawa.

Ketua Pemasaran Apple, Phil Shiller ketika menjelaskan mengenai Macbook Pro baru berkata ia paparan tertinggi untuk resolusi mana-mana laptop di dunia yang hebat.

“Tidak lama lagi, ia akan menjadi LCD kepada mana-mana rumah yang menawarkan tiga juta piksel berbanding HDTV 1080p anda,” katanya.

Perbandingannya dengan model lama dipertontonkan seperti di bawah:

MacBook Pro 15-inci (2011) MacBook Pro 15-inch (2012) MacBook Pro Retina (2012)
Dimensi 14.35 x 9.82 x 0.95 inci 14.35 x 9.82 x 0.95 inci 14.13 x 9.73 x 0.71 inci
Resolusi Paparan 1440 x 900 1440 x 900 2880 x 1800
CPU Quad-core Core i7 (2.4GHz) Quad-core Core i7 Ivy Bridge (2.7GHz) Quad-core Core i7 Ivy Bridge (2.7GHz)
Grafik Intel HD Graphics 3000 + AMD Radeon HD 6750M / AMD Radeon HD 6770M Intel HD Graphics 4000 / NVIDIA Kepler GeForce GT 650M dengan memori sehingga 1GB NVIDIA Kepler GeForce GT 650M dengan memori sehingga 1GB
Memori Hingga 8GB Hingga 8GB Hingga 16GB
Setoran Hingga 750GB Hingga1TB / 512GB Hingga 768GB SSD
Port Thunderbolt, FireWire 800, 2 x USB 2.0, Slot kad SD , MagSafe, Kensington lock, audio in/out 2 x Thunderbolt, USB 3.0, FireWire 800, slot kad SD, new MagSafe2 Kensington lock, audio in/out 2 x Thunderbolt, HDMI, USB 3.0, SD card slot, new MagSafe2, Kensington lock, audio in/out
Bateri 7 jam 7 jam 7 jam
Harga RM5,399 RM5,399 (2.3GHz, 500GB cakera keras / RM6,599 (2.6GHz, 750GB cakera keras) RM6,599 (2.3GHz, 256GB SSD) / RM8,399 (2.6GHz, 768GB SSD)

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: