iPhone 5 Lewat Malam Ini?

CEO Apple Inc, Tim Cook dijangka menunjukkan perisian iPhone terbaru, kemaskini Mac dan menyediakan lebih banyak maklumat berkaitan perisian Mac apabila beliau memulakan persidangan tahunan syarikat bagi pemaju perisian iaitu Worldwide Developers Conference (WWDC) 2012 di San Francisco, Amerika Syarikat.

Sumber theskop.com yang berada di sana memperoleh maklumat iOS 6 bakal diperkenalkan tepat jam 1 pagi 12 Jun 2012 (waktu Malaysia) dan ia bakal menawarkan fungsi suara Siri lebih meluas dan lebih baik dengan pengesan suara yang lebih efektif.

Namun misteri TV Apple yang menimbulkan persoalan sama ada ia bakal diperkenalkan pada WWDC kali ini masih kekal tanda tanya apabila tiada sebarang maklumat dalam mendedahkan butiran mengenainya.

iPhone 5? persoalan besar yang timbul dan mengikut sumber, ia turut diperkenalkan pada persidangan kali ini dengan beberapa perubahan dari aspek rekaan, OS, kamera, hubungan sosial (ada kejutan besar bersama Facebook – sumber) dan iCloud.

Selain itu, versi desktop Mac baru juga bakal diperluaskan dengan beberapa saiz baru dikatakan bakal diwujudkan manakala laptop nipis Macbook kategori Air yang sudah dianggap lebih lama berbanding ultrabook juga akan menjenguk pasaran dengan pemproses baru.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: