Ada Vendor Laptop Sedia Lancar Windows 8

Microsoft sudah bersedia melancarkan Windows 8 mereka yang baru seawal Julai ini.

Theskop menerima laporan, sebuah vendor pengeluar laptop bakal memperkenalkannya ketika pelancaran mesin baru mereka pertengahan Julai depan.

Microsoft dilaporkan berkata berpuluh-puluh ribu penambahbaikan telah dibuat kepada apa yang dipanggil reka bentuk semula antaramuka yang paling penting sejak Windows 95.

Pengguna kini boleh memuat turun previu Windows 8, sistem yang dikatakan sistem operasi yang paling sempurna diuji pernah.

Ia dijangka mula diperkenalkan tiga tahun selepas Windows 7.

Sistem operasi yang baru direka itu juga membawakan Windows ke dalam era skrin sentuh atau telefon pintar.

Ia juga menggunakan antaramuka Metro iaitu sistem operasi mudah alih syarikat, Windows Phone 7.

Windows yang masih menguasai pasaran perisian PC desktop melancarkan versi beta yang mempunyai ciri-ciri seperti butang Start menu yang sebelum ini terdapat di bahagian bawah skrin versi terdahulu. Terdapat juga aplikasi baru untuk enjin carian Bing, berita dan sukan, dan penambahbaikan kepada aplikasi mel dan gambar yang diumumkan sebelum ini.

Versi pelayar terbaru dari Microsoft, Internet Explorer 10 akan dioptimumkan untuk skrin sentuh.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: