LinkedIn Siapkan Apps iPad

Hari ini, LinkedIn melancarkan suatu aplikasi LinkedIn baru untuk iPad. Daripada membina rangkaian professional anda, hingga mengumpul maklumat yang paling penting dan muktamad untuk mendahului persaingan, anda kini hanya memerlukan satu sentuhan lembut untuk mengakses alat-alat dan kandungan penting agar anda lebih produktif – di mana jua anda bertugas.

  • Dibina dari asasnya dengan mengambil kira kaedah penggunaan iPad oleh para profesional yang unik dan spesifik, berikut adalah beberapa ciri baru aplikasi ini:
  • Selaras Kalendar – Dapatkan gambaran informatif mengenai semua orang yang akan ditemui dalam sehari serta segala maklumat yang perlu diketahui tentang mereka – siapa mereka, di mana mereka bekerja serta individu yang dikenali oleh anda dan mereka
  • Segar semula LinkedIn Today– Dapatkan berita relevan yang kena pada waktunya berasaskan topik-topik yang sedang dibaca dan dikongsi oleh rangkaian anda serta rakan seperjuangan dalam industri
  • Modul perkongsian rakan sekerja – Kemas kini tersaring mengenai aktiviti-aktiviti masakini rakan sekerja anda (sama ada di dalam rangkaian atau bukan-rangkaian)
  • Modul ‘Siapa yang telah meneliti profil saya’
  • Modul ‘Siapa yang telah bertukar jawatan’ dan ciri bagi mengucapkan tahniah

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: