Netgear Sedia Universal Dual Band Wi-Fi Range Extender (WN2500RP)

Netgear, peneraju penyelesaian penyambungan rangkaian global, hari ini memperkenalkan Universal Dual Band Wi-Fi Range Extender (WN2500RP) yang membolehkan para pengguna menperluaskan liputan Wi-Fi-nya dlam kawasan rumah and ofis bermodel kecil.

Peningkatan penggunaan peranti yang bersambung ke rangkaian rumah yang dramatik telah juga menyebabkan permintaan liputan Wi-Fi yang lebih baik meningkat pada seketika. Dengan NETGEAR Range Extender Wi-Fi, pengguna dapat meningkat taraf liputan Wi-Fi di kawasan kediaman di samping itu meningkatkan kualiti and prestasi rangkaian secara keseluruhan.

WI- FI Extender juga meningkatkan taraf penyambungan antara peranti mudah alih yang bersambung ke rangkaian seperti smartphones, iPads ®, tablet dan laptops, serta peranti hiburan yang berkaitan seperti smartTVs, konsol permainan dan banyak lagi.

Menurut Encik Soo Kean Thai, Pengarah Serantau ASEAN NETGEAR, perkara yang paling mengecewakan dalam dunia IT hari ini adalah penyambungan Wi-Fi yang kurang effisen and lambat .

“Kadang-kadang, rumah atau pejabat yang mempunyai router tunggal untuk ragkaian Wi-Fi bukanlah sentiasa berefisen;kabel peranti yang bertabur di seluruh kawasan nampak berantakan. NETGEAR memperkenalkan Universal Dual Band Wi-Fi Range Extender untuk menyelesaikan bentuk Range Extender Universal Band Dwi Wi-Fi. ”

Liputan Wi-Fi yang komprehensif

Macam  namanya, ia adalah peranti Wi-Fi jalur dwi yang direka untuk meluaskan rangkaian wayarles yang sedia ada. Wi-Fi Extender menyokong semua piawaian wayarles (802.11 a/b/g/n), dan sokongan jalur dwi dapat mengelakkan gangguan saluran Wi-Fi yang sedia ada. Pada masa yang sama meluaskan pelbagai isyarat  WI-FI GHz 2.4 dan 5 GHz secara serentak, menjadikannya serasi dengan sebarang rangkaian wayarles di kawasan kediaman.

Termasuk adalah Teknologi FastLane bagi extender yang dapat membolehkan pengguna untuk memaksimumkan penyambungan lebar jalur untuk HD video streaming dan permainan atas talian. Di samping itu, NETGEAR Wi-Fi Range Extender menyokong sehingga empat wayar sambungan Wi-Fi, berfungsi atas peranti seperti pemain Blu-ray ®, game konsol, DVR dan smartTVs ke sambungan Wi-Fi.

Mudah pasang

Satu tekan butang ringkas akan mengkonfigurasi extender NETGEAR secara automatik, tanpa memerlukan CD atau kabelEasy to Install and Set Up

Trend

Range Extender NETGEAR Wi-Fi adalah aksesori yang ideal untuk pengguna peralatan yang sedia ada, kerana ia membolehkan pengguna untuk melayari Internet, filem aliran tanpa buffering berterusan tidak kira di mana mereka berada – di dalam bilik tidur di tingkat atas, di luar di atas dek atau dalam garaj.

Harga

NETGEAR Universal Dual Band Wi-Fi Range Extender (WN2500RP) bermula pada harga yang berpatutan, RM242 sahaja dan boleh didapati di kedai-kedai runcit utama dan pembelian atas talian di seluruh dunia.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: