Leica Keluar Kamera Harga RM100,000

Leica mengumumkan kamera M9-P warna putih edisi terhad yang ultra-bergaya sempena pelancaran serentak dengan pembukaan baru kamera Leica Daimaru di pusat bandar Tokyo. Menariknya, ia hanya 50 unit saja ditawarkan di seluruh dunia.

Harganya pun memang eksklusif iaitu mencecah hingga RM100 ribu setiap unit dan ia hanya boleh didapati di Jepun

Kecantikan penuh body kamera dengan 18 megapiksel di samping mempunyai rekaan disalut aluminium dengan beberapa bahagian yang dilindungi bahan kulit berwarna putih memang menawan si pengguna.

Malah, ia dilengkapi dengan lensa 50mm f/0.95 untuk rakaman pantas.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: