XBox Tahun Depan

10x0908iub235xbnox
Berita baik kepada kaki game terutama peminat XBox apabila sumber dalaman Microsoft memaklumkan Malaysia antara negara paling atas untuk pasaran konsol itu tahun depan.

Sumber tersebut memaklumkan, pihaknya menyenaraikan Malaysia di kedudukan teratas setelah berbincang dengan beberapa pihak mengenai isu cetak rompak.

Namun sumber tersebut tidak memaklumkan siapakah pihak yang terlibat dengan perbincangan.

Setakat ini, XBox tidak dipasarkan secara rasmi di Malaysia dengan jualan di pasaran hanyalah jualan bawah tanah dengan sokongan pasca jualan dari Singapura sahaja.

Langkah Microsoft itu dikatakan dilakukan dibuat serentak dengan kerjasama syarikat it dengan vendor Nokia Yang bakala mengeluarkan telefon berasaskan Windows Phone tidak lama lagi.

Antara ciri dalam telefon tersebut ialah XBox Live yang digunakan sebagai platform permainan

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: