Perbandingan Kamera Jenis Micro4Third Untuk Fotografi

Terdapat beberapa jenama MFT atau nama penuhnya micro four third yang sepatutnya menjadi kamera kedua bagi kategori DSLR dalam dunia fotografi.

Ini kerana kamera tersebut mempunyai kadar hingga 50% lebih kecil dan 30% lebih ringan berbanding kamera DSLR tetapi kualitinya hampir sama.

Kebiasaannya, kamera jenis MFT atau dikenali semi-DSLR ini mempunyai beberapa lensa yang boleh dipakai dari jarak dekat hingga jauh (mungkin terdapat hingga 5 lensa ikut vendor yang mengeluarkannya).

Mari kita lihat sedikit perbandingan dari beberapa aspek mengikut kamera jenis semi-DSLR ini yang dipilih berdasarkan kualiti dan keupayaannya.

Mengikut perkiraan kami dari segi kualiti, kamera Olympus dan Sony menampilkan hasil yang baik tetapi rakaman lebih pantas menggunakan kamera Panasonic. Kami agak kurang berpuas hati dengan Samsung tetapi mungkin model NX-200 selepas ini akan lebih baik.

Untuk jangka panjang iaitu aspek ketahanan bateri, Panasonic dan Sony mengungguli senarai teratas pilihan dengan jumlah tangkapan gambar hingga 350-430 keping dengan sekali cas.