Pelan Prepaid Terbaik (Akses Internet & Telefon)

Share Button

Perbandingan pelan prepaid untuk penggunaan data dalam telefon

Mahu memilih pelan prabayar untuk telefon anda terutama iPhone 4s yang kini boleh dibeli terus dari online?apa lagi kalau anda merupakan seorang pelajar yang mempunyai bajet ketat sepanjang bulan.

Anda boleh mendapatkan pelan prabayar yang menarik dari 4 telko yang menyediakan pelan data untuk kegunaan harian. Mengapa kami gunakan 4 telko tersebut? Ia kerana mereka menawarkan pelan data yang boleh digunakan untuk akses pada internet.

Sumber yang diperoleh dari laman web dan panggilan telefon ke pusat perkhidmatan pelanggan telko memungkinkan kami meninjau pakej yang ditawarkan dan pada pandangan kami, pelan Maxis mempunyai pakej komprehensif setakat ini untuk kegunaan jangka panjang.

Tetapi bagi kegunaan sehari saja, anda mungkin boleh memilih Celcom sebagai pengendali telko jika anda kerap mengakses internet seperti Facebook atau Twitter.

Mengikut anggaran kami, kemaskini Facebook dan Twitter sekaligus memakan kapasiti sekurang-kurangnya 40MB bagi kegunaan harian jika anda seorang yang aktif (aktif bermakna anda mengepos lebih 5 kemaskini dalam status dan membaca ‘timeline’ sepanjang hari. Ia belum termasuk akses kepada sambungan internet lain seperti membuka ‘attachment’ dan sebagainya.

Data yang diberikan sah hingga 22 Disember 2011 tetapi anda juga perlu memastikan kad sim anda sentiasa aktif dengan sekurang-kurangnya top up RM5 seminggu. Ini kerana kebanyakan telko hanya bertahan sebulan sebelum membatalkan nombor anda.

Apa komen anda?