Santai Rebiu: Samsung Galaxy Note (Siri 2)

Ok, anda dah baca siri pertama rebiu Samsung Galaxy Note. Jom tengok pandangan kedua pula mengenai produk ini yang telah dilancarkan dua hari lepas.

Pen sytlus (Oh tidak, Samsung mahu memanggilnya Pen S) adalah sesuatu yang unik untuk peralatan dari Korea ini. Sebabnya, sentuhan pen ke atas skrin nampak intuitif dan sangat berkesan. Oleh kerana itu, ia layak dipuji sebagai telefon dengan kepekaan pen yang sangat bagus untuk digunakan manusia.

Berdasarkan kelancaran pen tersebut untuk beroperasi, ia layak disasarkan kepada pengguna yang sukakan seni apabila mampu melukis di atas skrin 5.3 inci (ya, memang besar untuk telefon pintar). Bayangkanlah kalau anda berada di luar dan mahu mengambil nota atau bayangkan anda seorang pelajar yang sedang mengikuti kelas, Galaxy Note memang padan sangatlah tu!

Kameranya pun cukup bagus, dengan lapan megapiksel dan lensa yang ditawarkan cukup kalau mahu mengambil gambar biasa. Lagi baik, ia sangat responsif sebaik saja butang rakam ditekan menjadikan momen yang tidak ketinggalan ditangkap.

Tapi kalau gambar diambil cepat, ia akan menghasilkan gambar yang agak blur kalau subjek itu bergerak-gerak. Ia patut diberi perhatian oleh Samsung sebab ciri kamera cantiknya sudah tersedia dalam telefon ini.

Satu lagi bab menarik berkaitan kamera adalah aplikasi Photo Editor yang sudah siap dalam telefon ini. Bayangkan saja ia seakan instagram tapi apabila anda mencubanya memanglah akan menjadikan anda tidak berganjak dari kerusi untuk mengedit semua gambar yang ada menjadikannya lebih cantik.

Kualiti warna yang terpapar cukup menawan macam menggunakan kamera biasa. Rasanya, untuk telefon senipis ini yang menghasilkan gambar umph! memang agak mustahil tetapi Samsung berjaya melakukannya.

Saya mencuba membuka tutup pelbagai aplikasi pada satu-satu masa bagi menguji tahap kesedia kerja berat bagi telefon dan ia menunjukkan hasil mengagumkan. Lebih best, saya boleh membuang memori tidak terpakai pada apliasi Task Manager dengan klik butang mudah clear RAM sebelum ia membuang aplikasi tak perlu.

Daripada 800MB yang diberikan, saya hanya gunakan 500MB untuk pelbagai aplikasi dan ia pantas menutup sekiranya tidak digunakan.

Ok, sekian dulu untuk santai rebiu Samsung Galaxy Note siri kedua. Bagi mendapatkannya, ia akan dijual mulai esok dengan dua telco yang bakal tawar harga data bersama.

TheSkop.com akan mendedahkan harga tawaran DiGi dan Celcom malam ini. Jangan lupa belinya esok.

Contoh gambar dirakam menggunakan Samsung Galaxy Note
%d bloggers like this: