Dua Telefon Best Sony Ericsson

Kini anda boleh mendapatkan model terbaru Sony Ericsson Sony Ericsson Xperia™ neo V dan juga Sony Ericsson Xperia™ pro.

Xperia ™ neo V adalah salah satu produk Xperia ™ yang baru dengan menaik taraf perisian komprehensif yang mula dilancarkan bulan lepas. Ia menggabungkan perisian Android yang terbaru untuk telefon pintar dan pengalaman hiburan terbaik Sony, termasuk Paparan Realiti dengan Mobile Bravia® Engine. Ciri-ciri termasuk Google Talk dengan Video Chat, sweep panorama 3D Sony dan ia fungsi Facebook dalam Xperia juga dipertingkatkan.

Peminat Android yang mencari telefon perniagaan yang ideal boleh menyemak Xperia ™ pro, yang dilengkapi dengan satu set fungsi profesional seperti memantaskan muat turun kandungan e-mel anda, kalendar dan kenalan melalui cara yang selamat terlebih dahulu selain dimuatkan dengan Pro Office Suite yang membolehkan pengguna melihat dan mengedit dokumen pejabat terus dalam telefon.

Dengan cara menaip terpantas dan paling tepat dengan papan kekunci QWERTY Smart, Xperia ™ pro menggabungkan rekaan papan kekunci slaid keluar dioptimumkan dengan tindakan taipan ramalan bagi pengalaman mesej yang cepat. Di samping itu, fungsi Type & Send menghapuskan susah payah untuk membuka aplikasi khusus bagi setiap jenis mesej.

Sony Ericsson Xperia ™ neo V dijual pada harga RM999 manakala Xperia ™ pro dijual pada harga RM1, 399. Kedua-duanya kini boleh didapati di semua kedai-kedai ekslusif Sony Ericsson dan peruncit di seluruh negara.

Sony Ericsson Xperia™ neo V

Sony Ericsson Xperia™ pro

Warna

Putih, biru, perak

Hitam, perak, merah

Fakta Saiz: 116 x 57 x 13mm

Berat: 126g

OS:Google™ Android 2.3

Prosesor: 1GHz Qualcomm Snapdragon MSM8255

Saiz: 120 x 57 x 13.5 mm

Berat: 140 grams

OS:Google™ Android 2.3

Prosesor: 1 GHz Qualcomm Snapdragon™ MSM8255

Kamera 5MP 8.1MP
Neo

Pro

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: