MacBook vs MacBook Pro

Jika anda berada dalam dilema sama ada untuk membeli MacBook atau MacBook Pro, anda mestilah terlebih dahulu membiasakan diri dengan elemen-elemen utama yang membezakan kedua-dua laptop ini. Terdapat pelbagai perbezaan antara kedua-duanya selain hanya harga. Mac Pro adalah jauh lebih mahal daripada Mac yang biasa tetapi anda juga perlu membandingkan perbezaan spesifikasi sebelum membuat keputusan muktamad anda.

MacBook biasanya berciri antara 1.83 Ghz dan 2.0 Ghz untuk prosesornya manakala MacBook Pro lebih baik dengan sekurang-kurangnya 2.0 atau 2.16 Ghz bagi kepantasan peranti.

Seterusnya anda akan melihat perbezaan dalam saiz dan resolusi skrin. MacBook mempunyai skrin 13 inci dengan resolusi 1280 x 800 piksel serta berkilat. Sebaliknya, MacBook Pro mempunyai skrin 15.4 inci dengan resolusi 1440 x 900 piksel dan satu lagi model dengan skrin 17 inci serta beresolusi 1650 x 1050 piksel.


Selain itu, MacBook Pro mempunyai banyak ruang cakera keras berbanding MacBook biasa. Ia juga mempunyai lebih banyak port dan mempunyai pilihan bagi pemain dua lapiasan DVD yang tiada pada MacBook biasa. Di samping itu, MacBook mempunyai papan kekunci lampu belakang yang terang. Satu lagi ciri yang hebat yang ada pada Pro adalah ciri-ciri cahaya ambien yang samar-samar dan akan mencerahkan kekunci dan skrin secara automatik.

Lagi satu, kad video MacBook biasa banyak bergantung kepada sistem utama RAM manakala Pro mengandungi kad video yang mempunyai memorinya sendiri. Tempoh ketahanan bateri pula tentulah memberi kelebihan kepada Pro apabila mampu bertahan sehingga 7 jam manakala MacBook biasa hanya 5 jam.

Tapi, Macbook Pro akan lebih berat berbanding MacBook biasa.

%d bloggers like this: