Apabila Burung dan Khinzir Bersuara Kuat…

Pembesar suara aplikasi game popular, Angry Birds nampaknya sudah sedia untuk menjengah pasaran dengan tiga karektor termasuk seekor khinzir hijau, burung merah dan burung hitam yang mempunyai kuasa meletupkan diri dengan kuat.

Kesemuanya direka khusus untuk peralatan Apple seperti iPhone dan iPad tapi pengeluar, Gear4 memaklumkan ia boleh digunakan mana-mana peranti lain asalkan mempunyai sambungan jek 3.5mm pada pemain tersebut.

Ketiga-tiganya mempunyai berat 1400gram. Burung merah adalah pembesar suara paling murah dengan harga sekitar RM250 manakala dua lagi karektor dijual pada harga lebih kurang RM350.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: