AMD A-Series APU

AMD (NYSE: AMD) baru-baru ini mengumumkan komputer pengguna arus perdana generasi baru dengan pengenalan Unit Pemprosesan Laju (Accelerated Processing Units, APU) AMD A-Series berprestasi tinggi yang baru di Malaysia. Dengan keupayaan menyediakan pengalaman komputer yang lebih hebat untuk komputer riba dan meja pengguna, AMD A-Series APU membolehkan penampilan grafik yang lebih tajam, prestasi seakan super komputer dan jangka hayat bateri selama lebih 10.5 jam.

AMD mempamerkan pelbagai jenama komputer meja dan komputer riba berasaskan AMD Fusion dengan rakan perniagaan tempatan termasuk Acer, ASUS, Dell, Fujitsu, HP, Lenovo, MSI, Sony, Toshiba dan lain-lain lagi.

AMD membolehkan pengalaman komputer yang lebih mengasyikkan untuk para pengguna PC di Malaysia dengan AMD APU yang terkini,” kata Alex Tan, pengurus negara bagi AMD Malaysia. “A-series APU menyediakan keupayaan pengkomputeran berdefinisi tinggi, grafik HD dan jangka hayat bateri AMD AllDayi,” Tan menambah.

Dalam dunia yang semakin berorientasikan digital dan visual, para pengguna lebih mengutamakan pengkomputeran berbilang tugas, grafik yang jelas, permainan seakan hidup, video yang lancar dan prestasi multimedia yang terbaik. Untuk memenuhi keperluan ini, AMD A-Series APU menggabungkan sehingga empat x86 CPU teras dengan grafik tahap diskret berkeupayaan DirectX®11yang berkuasa dan sehingga 400 Radeon™ teras selain daripada pemproses video HD khusus pada satu cip tunggal. AMD A-Series APU turut membolehkan keupayaan termaju seperti antara muka gerak isyarat, sokongan berbilang monitor, hiburan 3D dan penstabil imej masa sebenar.

AMD A-Series APU mewakili era baru bagi pengguna di mana mereka akan menerima sistem komputer yang lebih jelas dengan prestasi grafik dan video yang belum pernah dilihat untuk komputer riba dan PC mereka,” kata Rick Bergman, naib presiden kanan dan pengurus besar, AMD Products Group “Melalui teknologi AMD Vision, para pengguna mampu melakukan lebih banyak perkara menggunakan peranti mereka dalam HD yang lebih menarik.”

AMD A-Series APU (dahulunya diberi nama kod “Llano”) kini sudah terdapat di pasaran tempatan dan akan terus muncul dalam lebih banyak model komputer riba dan komputer meja arus perdana daripada OEM terkemuka. Dengan keupayaan pengkomputeran bersiri dan selari yang berkuasa untuk HD video, penampilan 3D dan beban kerja dengan data yang banyak dalam pemproses acuan tunggal, AMD A-Series APU menawarkan para pembuat perisian dengan tahap kuasa dan potensi yang cukup hebat dalam pakej yang semakin mengecil .

Kuasa AMD AllDay™: Jangka Hayat Bateri Tahan Lama

AMD A-Series APU menyediakan kuasa yang sepadan dengan penggunaan sebenar PC oleh pengguna: sepanjang hari – tanpa mengkompromikan prestasi. Dengan jangka hayat bateri selama 10.5 jam – peningkatan 50 peratus berbanding AMD Mainstream Platform 2010 – para pengguna dapat menyelesaikan tugas mereka atau menonton beberapa tayangan HD hanya dengan satu caj. Selain itu, grafik boleh tukar AMD yang dinamik mengoptimumkan hayat bateri pada PC yang memiliki penyelesaian dwi-grafik AMD dengan menguruskan tahap kuasa secara pintar pada APU dan AMD Radeon™ GPU diskret berasingan .

Jangka hayat bateri AMD A-Series APU merupakan satu kemajuan besar dan akan memberikan kejutan kepada ramai pengguna serta pelanggan komersil,” kata Chris Cloran, Naib Presiden dan Pengurus Besar, Bahagian Klien, AMD. “Prestasi seakan super komputer memberikan pengguna keupayaan baru, seperti penstabilan imej masa sebenar dan mengurangkan gegaran dan ketidakstabilan rakaman video pegangan tangan dengan mudah pada masa anda sedang menontonnya.”

HD Jelas: Kelebihan Setiap Piksel

Pengguna kini membuat, berkongsi dan menikmati lebih banyak kandungan digital melalui PC mereka, dan AMD VISION Engine – iaitu perkakasan dan perisian termaju yang terdapat dalam setiap AMD A-Series APU secara automatik membantu kandungan digital seperti video, permainan dan foto agar kelihatan lebih menarik. Video HD semakin jelas dan terang melalui teknologi main balik video yang khusus dan pasca pemprosesan yang dinamik, dan laman web ditampilkan lebih pantas dengan HTML5 yang dipercepat dan prestasi Direct2D. Mengedit, memindah dan melihat kandungan HD menjadi lebih cepat dan mudah melalui sokongan untuk piawaian penyambungan termaju, termasuk HDMI 1.4a, DisplayPort 1.1, dan USB 3.0, selain sokongan asal untuk berbilang monitor.

Selain daripada AMD A-Series APU, turut diperkenalkan adalah ciri baru dipanggil AMD Steady Video yang direka untuk menstabilkan video semasa main balik – menjadikan kandungan yang terhuyung-hayang dan gementar kelihatan stabil dan lancar. AMD A-Series APU turut membolehkan keupayaan termaju seperti antara muka gerak isyarat, permainan 3D dan hiburan video 3D Blu-ray – ciri-ciri yang kini menjadi keutamaan kepada pengalaman dan jangkaan PC pengguna.

Setiap PC yang dibina dengan AMD A-Series APU menyediakan HD yang terang dengan menawarkan grafik berkeupayaan DirectX® 11kelas diskret – dengan model-model disediakan pada setiap tahap harga. Hanya AMD Fusion APU yang menawarkan AMD Dual Graphics yang sebenar, dengan peningkatan prestasi grafik sebanyak 75 peratus, apabila dipasangkan dengan kad grafik diskret AMD Radeon™. Penampilan yang lebih pantas, bermutu tinggi, lebih jelas dan seakan hidup ini menjadikan pengguna dapat merasakan kehadiran mereka dalam dunia digital masing-masing, terutama sekali ketika asyik bermain permainan.

Super Komputer Peribadi: Prestasi Unggul

Para pengguna kini melakukan lebih banyak perkara dengan PC mereka – daripada kerja hinggalah bermain – dan dengan AMD A-Series APU, komputer riba mereka pun boleh turut serta dengan menyediakan pemprosesan selari generasi akan datang. Bermula dengan sehingga 400 gigaflop untuk komputer riba, dan sehingga 500 gigaflop untuk komputer meja, AMD A-Series APU memastikan para pengguna mempunyai keupayaan yang diperlukan untuk menangani aplikasi paling mencabar seperti pemproses video dan imej, pengenalan wajah, pengenalan gerak isyarat dan senario berbilang tugas. Bagi persekitaran yang paling mencabar, AMD Fusion A-Series APU menawarkan AMD Turbo Core Technology, yang mengoptimumkan dan meningkatkan prestasi CPU dan GPU secara dinamik ke paras kecekapan kuasa bergantung pada aplikasi yang sedang digunakan.

Sistem Ekologi AMD Fusion Semakin Berkembang

AMD telah menyaksikan momentum yang hebat dalam komuniti pembangun perisian sejak AMD Fusion APU mula dilancarkan pada Januari 2011, dengan lebih daripada 50 aplikasi terkemuka kini digerakkan lebih pantas oleh keluarga AMD Fusion APU dan penyemak termaju seperti Internet Explorer 9 untuk memberikan pengalaman web generasi akan datang ketika digerakkan oleh PC dengan kuasa AMD Fusion APU. Sidang Kemuncak Pembangun AMD Fusion turut menyediakan forum kepada para pembangun, akademik dan pakar pembaharuan untuk bekerjasama melalui pengaturcaraan selari dan standard industri, seperti OpenCL™, dan membantu kemajuan sistem ekologi perisian melalui kaedah pengkomputeran yang terkini.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: