3 Sebab Skil Fotografi Tak Meningkat

Jangan malu dikutuk

Ramai orang minat kamera sekarang ini. Kita boleh tengok serata tempat ramai yang membawa DSLR mereka tersangkut di leher ketika berada dikawasan peranginan. Kadangkala ada juga yang kelihatan membwa DSLR mereka ketika ke pasar beli ikan.

Ada yang minat kamera dan memiliki sebuah, tapi setelah bertahun kualiti gambar yang dihasilkan tak seberapa. Kemahirannya masih ditahap lama, kenapa? Ini 3 sebab mudah yang memang ramai yang mengalaminya walaupun tak nak mengaku:
  1. Tak bawa kamera – kalau dah minat kamera pastikan anda sentiasa membawa kamera dalam beg anda sekurang-kurangnya sebuah kamera kompak bagi melatih kemahiran anda dalam komposisi. Rajin-rajinlah ambil gambar dan menilai gambar yang anda telah ambil.
  2. Anda hidup tergesa-gesa – Ramai orang hidup kelam kabut macam tak cukup tanah sekarang ini. Entah apa yang mereka kejar tak tahulah. Jadi tak ada masa nak melihat suasana sekeliling, pemandangan indah, kejadian yang berlaku sekeliling. Jika begini keadannya sampai bilapun anda tak nampak gambar apa yang nak diambil.
  3. Risau atau takut orang kritik – Ini merupakan salah satu masalah besar yang dihadapi oleh semua manusia. Anda sentiasa bawa kamera. Anda menikmatai perjalanan hidup anda dengan tidak tergesa-gesa. Apabila anda nampak sesuatu yang menarik untuk dirakamkan, malangnya anda takut nanti apa orang kata apabila anda keluarkan kamera anda dan mula mengambil gambar. Akhirnya anda simpan saja niat itu dan biarkan kamera terperap dalam beg.
Itu antara beberap perkara tak bijak yang sering menghantui peminat kamera. bagaimana saya tahu semua itu…sebab itu adalah perkara yang saya alami selama ini yang masih saya cuba atasi. Anda pulak bagaimana ? – Mohd Subhi

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: