Samsung Galaxy S II – Sedia Menjengah!

Telefon pintar Samsung Galaxy S II tampil lebih menarik – rekaannya senipis 8.49 milimeter, digabungkan dengan teknologi dual core yang tiada tandingannya yang sudah sedia di pasaran pada bila-bila masa.

Di sebalik reka bentuknya yang masih dinamik dan menarik seperti versi pertama, Galaxy S sebenarnya telefon pintar yang serba pantas bagi setiap capaian laman web, melancarkan pelbagai aplikasi sehinggalah kepada kemudahan menaip SMS terpantas.

Ditambah sistem operasi Android 2.3 Gingerbread dan paparan bersaiz 4.27 inci berkuasakan AMOLED mencetuskan ciptaan mantap untuk kategori telefon pintar.

Ia menonjolkan keupayaan penguasaan pengguna dalam menggunakan pelbagai aplikasi telefon pintar tanpa batasan dengan lebih efektif dan produktif.

Keupayaan pemprosesan1GHz bagi menyokong sistem operasi Samsung Android dilihat menjadi kunci utama yang membolehkan pengguna melancarkan pelbagai aplikasi berat.

Kelebihan itu turut membolehkan pengguna mewujudkan rangkaian lengkap untuk tujuan berhibur atau bekerja serentak seperti menggunakan e-mel, maklumat panggilan, aplikasi kerja atau hiburan dan laman sosial.

Pelbagai kemudahan hiburan lain turut dimuatkan dalam telefon pintar itu antaranya kamera 8.0 megapiksel yang membolehkan pengguna merakam atau memainkan semula video berkualiti definisi tinggi (HD).

Ia turut memuatkan kapasiti storan binaan dalaman 16GB yang boleh ditambah menggunakan kad memori MicroSD sehingga 32 GB jika diperlukan.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia