Osama Laden Terbunuh!

Laman sosial Twitter hari ini sedang membicarakan hal jutawan Arab, Osama ben Laden yang dikhabarkan terbunuh ketika serangan Amerika Syarikat di luar kota Islamabad, Pakistan beberapa ketika yang lepas.

Sumber mengesahkan serangan tersebut mengakibatkan Osama tewas dan berjaya dibunuh.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dikatakan akan membuat sidang akhbar tidak lama lagi untuk mengesahkan operasi negara tersebut di Pakistan.

Osama dikatakan terbunuh akibat tembakan yang mengenai kepala beliau.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia