Nikon D5100 Memang Terbaik!

Kamera DSLR Nikon D5100 adalah produk pertengahan yang boleh dimiliki jika anda peminat yang mahu bermain dengan fotografi tapi pada masa sama tidak mahu menggunakan ciri DLSR seperti kelajuan shutter, aperture secara manual.

Senang cerita, semunya mahu dilakukan secara automatik dengan keupayan hasil sama yang ditonjolkan ciri manual.

D5100 mempunyai skrin sebesar 7.5 sentimeter (3 inci) yang boleh dikeluarkan 180 darjah ke bahagian kiri kamera dan dipusingkan sehingga 270 darjah. Apa gunanya benda alah ini?

Ia memudahkan rakaman diambil dengan mengangkat kamera tinggi ke atas menggunakan tangan sesuai juga kepada mereka yang tidak mempunyai ketinggian cukup dan ketika berada di celah-celah orang ramai semasa konsert untuk merakam gambar artis di depan.

Ataupun ia boleh dipegang di laras pinggang untuk merakam gambar di bahagian depan sekiranya objek lebih rendah dari anda.

Skrin tersebut mempunyai 921k dot warna bermaksud ia cukup untuk menghasilkan gambar sama seperti realiti dan supaya anda tidak terlepas pandang kualitinya.

Sama ada mahu merakamkan gambar atau menerbitkan video berformat HD, anda berupaya memanfaatkan ciri artistik pada kesan khas yang disediakan dengan memusingkan butang ke ciri EFFECTS dan pilih saja ciri mana yang dikehendaki.

Ciri EFFECTS yang ada ialah Miniature menjadikan objek yang jauh seakan kartun kecil, ciri High Key yang melembutkan objek dengan dipenuhi warna putih di sekelilingnya, ciri Color Sketch yang menghidupkan objek berwarna seperti bunga dan ciri lain yang biasa didengar seperti Silhouette, Low Key dan Night Vision.

Kaedah fokus automatik telah dimampatkan dalam model ini bermakna ketika anda menggunakan Live View atau merakam video HD, gunakan saja mod AF-F untuk memastikan kamera fokus cukup kepada objek yang bergerak.

Bagaimana Nikon D5100 berjaya menghidupkan gambar dengan jelas dan mantap? Jawapannya bergantung kepada pengesan imej 16.2 megapiksel dan enjin pemprosesan EXPEED 2 dilangsungkan bersama pengesan CMOS format DX untuk ISO 100 sehingga 6400 dan mengurangkan kebisingan/noise.

Ia pantas merakam pada kelajuan shutter dan merakam senario dengan mengurangkan hasil yang blur termasuk ketika video HD penuh.

Kesemua rakaman perlu disesuaikan dengan lensa NIKKOR 55-300mm untuk zum telefoto, NIKKOR 85mm untuk rakaman jarak sedekat yang boleh, NIKKOR 35mm untuk latar belakang cantik dan NIKKOR 10-24mm untuk sudut lebar.

Harganya, untuk set biasa (18-55mm) ialah lebih kurang RM2,700.