Laptop Game Power MSI


MSI hari ini keluarkan satu laptop kuasa tinggi model GT680R yang telah dimampatkan dengan nVidia DirectX 11 dan prosesor i7 generasi kedua.

Ia juga ada sistem speaker Dynaudio yang ada di bahagian depan supaya suara terus ke muka anda.

Dynaudio juga ada butang khas untuk jenis muzik berbeza seperti jazz, klasik, filem dan game.

MSI turut memberikan sistem audio THX TruStudio Pro untuk bunyi sinema.

GT680R dikonfigurasi pilihan dwiHDD atau dwiSSD mengikut pilihan anda.

Dengan harga permulaan RM6,999, anda akan dilengkapkan prestasi grafik nVidia GeForce GTX 460M yang mampat pada 1.5GB memori GDDR5 dan tidak lupa pada DirectX 11 untuk resolusi tinggi contohnya keperincian bangunan ketika bermain game.

Di samping kebolehan grafik tadi, model ini turut ada empat slot DDR3 dengan kapasiti maksimum 16GB.

Manakala teknologi Cinema Pro dengan butang khas sesuai untuk mod filem untuk resolusi skrin khusus semasa menonton filem.

Kalau tak sukakan fungsi cakera HDD, tukarkannya kepada arkitektur SSD yang lebih kecil dan ia mampu membaca data tiga kali lebih laju.

Ia juga ada 3 port USB3.0 dan 2 port USB2.0.


BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop