Game LEGO Harry Potter: Years 1-4 Yang Best!

Marilah cuba permainan iPad dengan memindah turun watak Harry Porter dalam bentuk Lego? Sekejap, adakah saya salah sebut? Oh tidak, ia memang benar-benar kombinasi Harry Potter dan Lego.

Bunyinya mungkin tidak menarik, tapi selepas anda mencuba game LEGO Harry Potter: Years 1-4, ia bakal mengubah persepsi anda.

Perbezaan game ini berbanding permainan Lego lain adalah strategi yang memfokus kepada penerokaan dan pengumpulan dengan mengajak anda meneroka persekitaran lengkap dipenuhi pelbagai hadiah dan rahsia.

Malah, objektif mendalam disediakan kepada pemain bertujuan membezakan LEGO Harry Potter: Years 1-4 berbanding permainan Lego masa lalu yang bermakna anda mendapat daya tarikan lebih baik dan ‘tenaga’ baru.

Mencuba game ini pada platform iPad memang mengujakana dengan resolusi skrin 1024 x 768 piksel dengan kadar 132 piksel setiap inci (ppi) cukup menyerlahkan karektor yang dimainkan dari satu tahap ke tahap lain.

Game bermodelkan filem Harry Potter ini tidak mengikut gambaran filem, tetapi anda tidak akan dapat melihat perbezaannya dengan jalan cerita cukup singkat dan kebebasan cabaran yang menarik.

Selalunya, keputusan selepas cabaran tertentu menyaksikan aksi lucu si Harry, malah ia diselang-seli dengan persekitaran permainan yang berwarna-warni, terperinci dan penuh ketepatan kontekstual.

Salah satu mod game iaitu mod Story membolehkan anda bergerak, namun tidak boleh berinteraksi dengan objek memandangkan anda perlu belajar jampi tertentu sepanjang perjalanan.

Jampi dibaca masing-masing memiliki karekteristik tersendiri yang perlu anda cari dengan cabaran tertentu.

Cuma, keluarkan sedikitlah duit poket (kira-kira RM12 di Apps Store) untuk membeli permainan yang mengambil masa kira-kira dua hari untuk dihabiskan bergantung kepada kekuatan minda dan jalan penyelesaian difikirkan.

Kesimpulannya, LEGO Harry Potter: Tahun 1-4 adalah game yang menarik dengan pelbagai cabaran jenis berorientasikan persekitaran yang kaya untuk dieksplorasi.