Voicesearch Kini Dalam Bahasa Malaysia

Google hari ini melancarkan carian berasaskan suara, Voicesearch yang didapati untuk semua perkakasan mudah alih termasuk platform Android versi 2.1 dan 2.2, iPhone serta Blackberry.

Pengguna boleh melayari m.google.com.my/voicesearch untuk muat turun aplikasi kepada telefon masing-masing.

Voicesearch dilakukan berasaskan kaedah:
1. Masukkan suara
2. Google akan tapis kebisingan keliling.
3. Google akan cari logik kepada perkataan terbabit
4. Carian data Google akan dilakukan berdasarkan teknologi perkomputeran cloud
5. Carian akan dilakukan berdasarkan makna terdekat

Contoh suara diambil daripada 500 pelajar di negara ini untuk menghasilkan perkataan dan sebutan yang tepat.

Pembangunan aplikasi ini dimulakan enam bulan lalu dengan sebulan untuk kumpul contoh suara.

Penasihat Negara, Google Malaysia, Hanson Toh berkata syarikat menghadapi cabaran sebelum memperkenalkan aplikasi ini seperti:
1. slanga bahasa
2. maksud yang berbeza: siang boleh jadi waktu dan kata kerja menyiang ikan
3. Bahasa rojak: contohnya ayat pergi meeeting yang menggabungkan bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia
4. Bahasa kenegerian yang berbeza

Manakala Pengurus Produk, Google Asia Tenggara, Andrew McGlinchey bercakap carian berdasarkan perkataan yang dicakap bukan berasaskan perkataan yang dimuatkan dalam simpanan data Google.

Carian suara berasaskan bahasa di Semenanjung saja. Ia akan diperluaskan untuk Sabah dan Sarawak.

“Manakala kalau mahu mencari restoran nasi lemak di Kuala Lumpur hanya perlu cakap nasi lemak Kuala Lumpur,” katanya.

Voicesearch turut boleh digunakan untuk carian alamat di Google Maps.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia