Emel Palsu LHDN Kembali

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan ia mengeluarkan e-mel kepada pembayar cukai yang menyatakan mereka layak diberikan bayaran balik sebanyak RM700.

LHDN dalam satu kenyataan berkata e-mel itu adalah palsu dan merupakan aktiviti mencuri maklumat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menipu pembayar cukai.

Orang ramai yang menerima e-mel (HASIL <[email protected]>) yang meminta mereka klik kepada http://62.23.69.2/hasil.gov.my/index.php.htm dan mengarahkan pembayar cukai memberikan butiran diri dan nombor bank mereka, supaya tidak membukanya.

“Orang ramai yang meneima e-mel itu dinasihatkan supaya tidak membukanya selain menghapuskan”, katanya.

Menurut LHDN, aktiviti itu dikesan bermula semalam dan laman tersebut sudah dipintas dan ditutup. Ia merupakan percubaan ketiga untuk menipu pembayar cukai.

Setiap data dan maklumat pembayar cukai dijamin selamat dalam simpanan LHDN dan sebarang pertanyaan dan kemusykilan berkaitan perkara itu, bolehlah dirujuk kepada Pusat Khdimat Pelanggan LHDN di talian 1-300-88-3010 atau melalui e-mel [email protected] – B

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: