TNB Beri Amaran Emel Palsu

Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya oleh e-mail dan laman web palsu mengenai pengambilan pekerja, yang dikatakan dicipta penjenayah siber untuk tujuan mencuri maklumat peribadi dan sulit mereka. 

Dalam kenyataannya, TNB menasihati orang ramai supaya mengabaikan dua e-mail berkenaan iaitu [email protected] dan [email protected] yang menawarkan  peluang pekerjaan dalam TNB.

“Orang ramai juga dinasihati supaya tidak mengklik laman pemancing data http://www.tenaganasionalenergy-my.com/ yang mirip laman web sebenar TNB http://www.tnb.com.my,” kata kenyataan itu. – Bernama

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: