Produk GSMA Gegar Dunia

ChaCha guna QWERTY

Di sebalik reka bentuknya yang cukup dinamik dan menarik, HTC ChaCha telefon pintar yang pantas bagi setiap capaian laman web berupaya melancarkan pelbagai aplikasi sehinggalah kepada kemudahan menaip menggunakan papan kekunci QWERTY.

Turut menggunakan keupayaan skrin sesentuh, model terbabit menyokong sistem operasi Android + HTC Sense dilihat menjadi kunci utama yang membolehkan pengguna melancarkan pelbagai aplikasi berat pada skrin bersaiz 2.6 inci.

Cas guna lampu

Pembekal pengecas terkemuka, Powermate memperkenalkan peranti yang dibina bersama lampu meja untuk kegunaan iPhone. Ia mengecas model Apple terbabit tanpa memerlukan sebarang kabel.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia

%d bloggers like this: