Microsoft dan Nokia Mungkin Bergabung

Mungkinkah ia bakal begini?

Syarikat perisian gergasi, Microsoft dijangka akan bekerjasama dengan syarikat gergasi telefon bimbit, Nokia tidak lama lagi yang dikatakan perancangan sistem operasi Windows Phone 7 dan Symbian untuk menewaskan kepopularan Android yang meningkat naik.

Dikhabarkan, perjanjian tersebut akan dimeterai minggu menyaksikan kedua-dua syarikat mahu mengembalikan kegemilangan dalam pasaran mudah alih yang mungkin dimulakan dengan kerjasama perisian dan aplikasi.

Minggu lalu, Nokia dikatakan sudah memberi surat berhenti kerja kepada beberapa eksekutif mudah alihnya bagi memberi laluan kepada beberapa eksekutif Microsoft untuk masuk ke syarikat tersebut. Setakat ini, berita tersebut belum disahkan.

TheSkop

Portal Teknologi dan Gaya Hidup Paling Best di Malaysia